Tuesday, September 27, 2011

Keputusan Contest - Saya Nak Buat Kek Untuk MerahItuJambu

waaaa... terharu nyer...gayat kejap...bila incik yang empunya blog mesej saya sebab terpilih dalam contest tersebut.... ni yang buat takleh tido malam ni..Sila Klik Sini untuk lihat incik empunya blog serta keputusannya..

ni kek yang aku buat sebelum ni untuk MIJ :-


oleh kerana terlalu gembiranya dan excitednya saya di atas pemilihan tersebut....saya update resepi bagi kek yang betul2 nampak banyak krim dan cokelat untuk cik MerahItuJambu...sila lah ambil ya MIJ kalau sudi....



arrr...dah rupa macam pizza hut pun ader kan...ahak3.... korang kalau ada contest jangan memalu jemput kiter yer...mekasih MIJ... terharu...wuwuwu (tadah air mata sebaldi)..


Selepas memenangi contest tersebut, aku diberi pilihan sama ada mau doodle single atau doodle header atau doodle couple...then aku pilih doodle single..
Taraaaaaaaaaaa.....


thanks miss MIJ...sangat hepi

Friday, September 16, 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog

Contest aku yang seterusnya, contest menghias laman web atau blog...anjuran dari Utusan Malaysia...terma dan syarat adalah seperti berikut, kalau korang nak join boleh la klik Sini

Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.

Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang


Syarat penyertaan:

1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.

11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sunday, September 11, 2011

Saya Nak Buat Kek Untuk MerahItuJambu

klik banner di atas kalau nak join

suka tak doodle merahitujambu??sempena birthday cik merahitujambu..dia akan bagi korang ataupun aku hadiah header doodle ataupon doodle..tapi bagi yang pemenang je lah kan....boleh pilih sama ada nak doodle atau header doodle..ikut syarat-syarat di beri..


syarat-syarat :
  1. copy dan paste header di atas
  2. letak tajuk saya nak buat kek untuk merahitujambu
  3. buat satu lukisan/doodle kek untuk cik merahitujambu **software yang diguna tak kisah apa pon/nak guna tangan lepastu tangkap gambar ataupon scan pon boleh...
  4. ucapan seringkas yang boleh sempena birthday aku...contoh : semoga cik merah cepat kawin...^_^
  5. tarikh tutup : 25 september 2011
  6. 5 pembuat kek yang aku suka akan di pilih..insyaALLAH seadil mungkin
  7. tag dua orang jiran anda
tunggu apa lagi??jom laa join..

ok..itu syarat yang cik merahitujambu bagi...jadi alang-alang aku dah siapkan page ni... contest cikmerahjambu yang terawal merasmikan page contest aku nih... so ni design khas kek untuk cik merahjambu :-



Dengan ucapan :


Selamat Hari Lahir
Walaupun tak ske kek coklat kene makan gak!!
Semoga sentiasa awet muda
Panjang umur dan murah rezeki
Yang penting semoga hidup berkat makan cek cokelat ni!!!


Kiter buat kek ni dengan penuh kasih sayang dan teliti... tak cayer??? tengok neh:



tekun tak? hahaha... nanti kita sambut tarikh lahir sesama yerk... bulan sept gak ^_^


 
Copyright By Manzarina Designer